Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) anjuran TV3 & TV9 kini kembali untuk tahun yang ketiga dengan mengetengahkan tema “Dunia Drama Sebenar”. Masih menjurus kepada empat komponen utama, DFKL mengekalkan penyertaan pertandingan drama pendek, pitching, ujibakat lakonan dan juga bengkel. Objektif utama DFKL diadakan ialah untuk memberi peluang kepada orang ramai mengasah bakat mereka sekaligus berpeluang menimba ilmu bersama para panel berpengalaman dalam industri tanah air.

Peserta bengkel juga berpeluang untuk mengetahui sendiri perjalanan karyawan yang akan berkongsi pengalaman dan tips berguna mengenai selok belok lakonan bagi bengkel lakonan, asas dalam penerbitan drama melalui bengkel pengarahan, kelainan teknologi dan impak dunia animasi serta ketrampilan diri yang perlu dititik beratkan untuk menjadi seorang anak seni. Antara nama-nama besar yang bakal terlibat dalam DFKL 2016 ialah Datuk Rosyam Nor, Datin Seri Umie Aida, Ellie Suriaty, Ahmad Idham, Jinggo, Awal Ashari, Datin Sharifah Shawati dan ramai lagi.

Manakala Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 merupakan malam kemuncak yang akan diadakan secara langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC). Anugerah gilang gemilang ini akan menemui penonton pada 19 Mac 2016, Sabtu jam 9 malam di TV3.

Please enable Javascript to watch this video

Orang ramai juga turut berpeluang untuk menyertai kemeriahan siri jelajah DFKL 2016 dan menyertai ujibakat yang dijadualkan bakal berlangsung seperti di bawah:

TARIKH TEMPAT MASA
27 Januari 2016 UiTM Lendu, Melaka 10 pagi – 6 petang
10 Februari 2016 IPTA Lembah Klang 10 pagi – 6 petang
30 Januari 2016 Plaza Angsana, Johor Bahru 10 pagi – 10 malam
6 Februari 2016 Village Mall, Kedah 10 pagi – 10 malam
20 Februari 2016 Alamanda, Putrajaya 10 pagi – 10 malam